Saturday, April 4, 2009

Sirah Ringkas Rasulullah

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah... Untuk pengetahuan antum ini post ana yang pertama.. Selalu nya pada awal majlis atau tazkirah kita akan berta'aruf (berkenalan) terlebih dahulu.. Darrpada berkenalan dengan ana, adalah jauh lebih baik jika kita mengenali sirah Rasulullah terlebih dahulu.. Justru itu, ana nak berkongsi sedikit tentang sirah ringkas Rasulullah SAW..

Diharap dapat memberi manfaat untuk kita bersama... Insya'allah..

BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
  • Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
  • Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu Susu Kedua : Halima binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimat As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  • Datuknya, 'Abdil Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN

  • (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Rasulullah SAW bersama bapa saudara baginda, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Rasulullah SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari sahaja dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan "Perjanjian AL-Fudhul" iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah iaitu lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah. Pembinaan semula Ka'abah dilakukan pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingakahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

  • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah AL-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H bersamaan 8 Jun 632M.

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  • Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra

Sabda Rasulullah

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajari daripada Anas)

No comments:

Post a Comment